Tuesday, December 23, 2008

Taman Negara Tanjung Piai


Masa kat Tg Piai, kite orang sempat lawat Taman Negara Tg Piai.





Dekat je dengan tempat kita orang menginap. Tapi kalau jalan kaki, penat juga.



Ada apa kat taman negara ni ?


Batu besar ni la.



Lagi ?




Jadi kita orang pun merondalah taman ni. Mula-mula mesti sampai kat penghujung tanah besar Asia. Jalan punya la jauh, lebih kurang 1km. Tapi frust je, sebab tak dapat sampai kat situ. Jalan ke situ tengah dibaiki. Dapat tengok dari jauh je la.






Lepas tu jalan lagi tengok pemandangan dan pokok-pokok yang ada kat taman ni.


Dari atas menara pemerhati


Antara pokok yang ada


Kempen, jangan tak kempen


Taman ni dijaga dengan rapi. Pemuliharaan juga dilakukan. Beberapa pokok ditanam semula pada 27 Nov 2008. Siapa yang tanam ? Pihak pengurusan taman negara ni la. Berapa cepat pokok-pokok ni akan besar ? Ni nak kena datang semula, nak check hidup tak pokok ni.


Ni antara penghuni taman negara ni.



Last sekali pergi ke jeti. Nun jauh di sana . . .


Berapa jauh bandar-bandar di dunia ni dari jeti, ada ditandakan kat sini.




Pemandangan dari jeti ke arah daratan. Jauh kan. Sayup mata memandang. Maknanya jauh le kita orang dah jalan.
Nampak tak hutan bakau tu ?



Pemandangan Sunset di taman negara dan jeti



Ni data tahun 2007 tentang taman negara Tg Piai.
Jack Sparrow dengan Black Pearl lalu kat sini tak ?



He, he. Seperti biasa mesti snap gambar kat batu ni macam orang lain.


sebagai tanda, kite orang dah lawat taman ni. Jadi untuk 2008, berapa ramai yang datang melawat ?



Monday, December 22, 2008

Pantai Punggur

Masa balik dari Tg Piai, kite orang singgah jap kat Pantai Punggur. Saja nak tengok macam mana le pantai tu. Selalu lalu je. Ingatkan dekat je dari simpang jalan utama tu.

Ni le pantai punggur tu.


Pantai punggur tu letaknya antara Senggarang dan Rengit.

Ni view dari Google earth:



Friday, December 19, 2008

Tanjung Piai

Awal Disember 2008 kite orang gi ke Tanjung Piai. Tg piai ni terkenal sebagai tempat paling selatan kat tanah besar Asia (The southernmost tip of mainland Asia). Stay kat Tg Piai Resort.


Nak ke resort ni kena lalu jembatan. Jauh juga dari parking lot.


Pemandangan dari arah resort ke jalan raya.


Resort ni dibina atas air




Dari Tg Piai, boleh nampak Jambatan ke dua (Second Link) dan juga Tuas di Singapura.




Juga nampak kapal-kapal lalu atau berlabuh sebelum masuk ke pelabuhan - Pelabuhan Tg Pelepas


Pemandangan dari resort. Ada hutan bakau


Matahari terbenam di Tg Piai



Meja antik kat resort ni.



Aktiviti memancing ikan


Pulau Pangkor

Tahun ni cuti-cuti Malaysia, kite orang gi Pulau Pangkor. Kat mana tu ? Kat Perak. Mula-mula kenalah ke Jeti di Lumut untuk naik feri ke Pulau Pangkor.








Masa dalam feri nampak kapal ni
























Juga nampak Pangkalan TLDM Lumut. Jadi nampak le kapal TLDM



Lepas lebih kurang 30 minit belayar, sampai le kat jeti di Pulau Pangkor



Kite orang stay kat Teluk Nipah. Ni gambar pantainya. Mengancam tak ? Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini. Pertamanya, tentulah mandi laut !


Ni gambar saye mandi kat pantai Teluk Nipah.


Yang best masa naik banana boat. Atas ni banana boatnye. Saye kedua dari belakang.

Lagi satu saye kene tanam dengan abg dan akak saye.
Ni aktiviti berkayak.
Masa berkayak tu, sempat ambik gambar gamat. Air kat sesetengah tempat tak dalam dan jernih, jadi nampakle gamat tu

Dari pantai Teluk Nipah, akan nampak Pulau Giam (Coral Island)


Kat pulau tu, boleh snorkling.







Ni yang kami nampak. Ikan macam Nemo.






Ni masa naik bot nak ronda2 Teluk Nipah

Ada batu yang nampak macam kepala buaya.
Ni Pantai Man. Putih bersih dan halus pasirnya. Best mandi kat situ. Nak ke pantai ni kena naik boat. Kami ke sini lepas ronda2 lawat pulau2 kat Teluk Nipah ni.



Ni aktiviti malam. Shopping le.